Total Pageviews

Saturday, December 14, 2019

BIRTHDAY CAKE / CAKE HARI JADI JOHOR BAHRU ,JB



Dee menerima tempahan pelbagai jenis kek,
kek hantaran
kek harijadi
kek anniversary
dan 
macam macam lagi.
Khas buat anda di Johor Bahru dan Singapura.

Sila Whatsapp +60103423001 untuk pertanyaan dan tempahan.













Monday, April 15, 2019

Dah pindah?

Sejak penghujung 2018 dan awal 2019
Terlalu banyak keputusan dan perubahan drastik yang kitorang perlu buat dan hadapi.
Salah satunya, Mak mertua Dee warded pada usia 82 tahun.
Sepanjang warded pegerakan mak terbatas so bila dia discharged nak bangun gerak n berdiri kejap dari katil ke wheelchair, ke jamban dia jadi trauma & langsung tak berani berdiri.
Usia pun dah Alhamdulillah cecah gitu jadi pada kitorang boleh usahakan dia buat physio mana dia boleh.
Bawa balik rumah mula mula hire private nurse 2x sehari & in between husband Dee akan uruskN  kalau Mak nak ke bilik air & lain lain.
Mak nampak banyak improvement TETAPI Mak memang mengelak banyak benda dari segi pergerakan bila Private Nurse yang uruskan.
Jadi nak taknak sekarang P.N hanya uruskan Mak sesi pagi dan dari tengah hari sampai Mak nak baik tidur husband Dee yan  uruskan.
Terus terang jaga Mak tak banyak kerenahnya. Sebab dalam masa yang sama kita ada anak kecik. Macam terbiasa..
Demand demand dia tu sama je. Cuma mak ni takda merengek, takda tantrum. Mak lagi senang urus. Dia nak yak dia beritau, dia nak mandi ke panas ke sejuk ke dia cakap.
Paling bagus bila last bawak mak checkup Doc kata bagus dia dikelilingi cucu kecik2 ni sebab dia akan enjoy dan respon dengan telatah diorang.
Dia akan marah, dia akan bebel, dia akan ketawa so walaupun dia sakit dan kurang bergerak dia takkan kemurungan sebab dia sentiasa berinteraksi.
Makanya, bila sebulan lebih tengok perkembangan Mak macam tu dan perlukan support terutamanya physical support dari husband Dee. contohnya, dukung, angkat, alihkan , cebokkan, mandikan, dan yang berkenaan jadi kitorang buat keputusan drastik untuk pindah.
Tinggalkan apa apa semua yang kitorang usahakan kat Kl. Duduk lah dekat dengan Family Dee & Family Husband.
Seriously, sejak husband jaga mak, walaupun tak sehebat orang lain. ( Husband ada 9 orang adik beradik, dia lelaki bongsu, abang kakak semua dah berumur, logik lah kan husband yang amik part dia boleh buat sebab tak mungkin yang lain nak dukung mak, mak boleh tahan kus semangat nya 😂)
Ramai yang mendoakan. Sejujurnya source of income kitorang jadi lebih terhad sbb husband jaga si kecik dua dengan mak. Lepas Dee pergi kerja husband akan ke rumah Mak dan nanti malam mak dah tidur dia balik teman Dee sampai habis kerja dengan budak budak.
Tapi rasa lah keberkatannya. Rasa ada dalam tiada. Rasa cukup dalam terhad.
Dee pun bersyukur ada offer kerja betul betul sehari lepas pindah dari KL ke JB. Gaji memang buat masa ni buat lepas nafas tapi  ALHAMDULILLAH. Allah SWT sebaik perancang dan penentu.
Ada je rezeki anak anak.
Naik grab , jumpa orang tu orang ni, customer ke siapapun bila diorang tau sebab berpindah kenapa semua doakan. Amin Amin Amin. Bukan senang semua orang nak doakan kita. Mak Ayah dah tentu semakin gembira doakan sebab kita dah makin dekat kan. Harap harap dengan keberadaan kami ni tak menyakitan hati mereka baik my parents atau in law. Sebab kami pun kena start balik dari 0.
Banyak betul nak dimulakan semula.
Belum dapat nak cukupkan bantu sana sini untuk semua tapi kami berusaha.
Apapun,
Belum tentu masa kita orang havoc  niaga dulu  pum pang pum pang orang doakan kita.
Sekarang ni, ada sahaja yang baik hati doakan . Terima kasih 🤗🤗🤗🤗.

Sambil sambil tu
Husband Dee memang tak boleh duk diam. Makanya, dia buat Home Food Delivery.
Sebelum gi jaga mak dia akan masak siap siap. Buat penghantaran lunch kat area JB & Kulai.
Alhamdulillah ada sambutan walaupun baru. Dia masak memang power. Di tambah ada sorang kakak ni dia willing jadi pembantu niaga walaupun belum boleh nak bayar dia tinggi2 tapi hari hari dia sabar datang awal pagi tolong siapkan barang masak dan hantar.

Ni dah dua hari kereta akak ni pun rosak, kereta kami dari awal dah rosak,, repair makan belanja tinggi sebab agak teruk kerosakan. Jadi kami pun patah kaki untuk delivery. Tengah cari runner. Doakan semua berjalan lancar semula ya. Sian. Ramai message nak order. Tapi kami dapat hantar takat yang boleh je dengan grab car.

Korang kalau nak order makan area Johor Bahru boleh contact 0137259379 k. InshaAllah. Dia buat dalam kemampuan.

Dee share setakat ni dulu sekarang. Ada masa lapang time kerja dapat tulis sikit sikit.
Nanti Dee update lagi ❤️

(Food Delivery JB, Johor Bahru )













Tuesday, April 9, 2019

Hello Hello 2019



Salam petang uols. Like seriously sebenarnya tengah semagat semangat nak start new topic utk blog tetiba rasa turn off gila.
Sebabnya pi gatal baca balik posting posting lama 😂😂😂😂😂 ( sorry hide lah post lama lama )
Emo lain, lawak lain, entah hape hape pun lainn..
Tapi takpa lah. Ni mood dah mari skit. So start dengan hello hello camni je lah ek.
Dee dah kerja full time semula sekarang ni so membuak buak rasa nak kongsi ngan uols macam macam benda. Tapi bila bila ada free kita selit selit lah kat sini ek. Kang aku dok ngadap blog je, tak ke naya satu kerja tak buat.
Lama gila bersawang blog ni. Last publish post tahun 2014 !!!!
Masatu hidup laki bini duk pandang dinding je anak takda lagi 🤣
Ni haa dah 2019 oi.. Anak pun dah pandai ketuk kepala mama ngan botol susu weiii...
Tu yang kalau baca balik post dulu dulu dengan jiwa sekarang. Darah pendekar dalam diri tu macam dah tukar darah DAYANG DAYANG. Anak hempuk kau sekali dua kau telan je. Kalau dulu kena gitu mau jadi HULK dah gue! La ni HULK time diorang betul betul notti je lah .
.
Korang kalau ada apapa topik nak dee kupas kupas beritahu k.
Kalau tak kita ikut suka hati lah nak update yang mana rasa nak SHAREEE SANGAT!
.
Setakat ni dulu untuk sekarang. Laterrrrr !!!!! ❤️